Want your
own Fotopage?









 
pregnancy

By: sharifah noornaimah syed mahmood

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-Sep-2009 06:24 Email | Share | | Bookmark
SeLaMaT HaRi RaYa





Care to comment?


Tuesday, 8-Sep-2009 04:29 Email | Share | | Bookmark
Biskut Raya

Hari raya tahun ni tetiba jer nak buat kuih raya sendiri...sekarang dah masuk 5 jenis kuih...best lak bila tengok n rasa hasil tangan sendiri...hehehe ...lama dah x start buat kuih ni...ingat dulu2 masa belum kawin buat dengan family, seronok....ummi lah jadi chefnya...tapi sekarangpun masih refer ummi jugak. ..nak kemana..hehehe..duk fikir kuih apa lagi nak tambah ni...sape2 ada resipi best2, bagi taulah ..tengah rajin ni..






1. Biskut Tat Nenas (Ni biskut paling sha suka..sodap)
2. Biskut conflic madu (Ni nampak gayanya kena buat balik..semua suka, terutama syafiq n shasha)
3. Chipsmore (Boleh tahanlah..tp kurang ckit)
4. Biskut Kacang Mazola (Terlebih manis ckit tp shasha suka sgt sbb rasa kacangnya)
5. Biskur Arab/Makmur (Ni kurang digemari..ntohlah x sedap agaknya,lagipun tersalah hangus ..heheh..tu yang hitam tapaknya tuh.. )


haahaa..ni dia budak yang suka kidnap biskut ibu...2 orang otomen yang ganas ni...






pandai & rajinnya sha... mcm2 kuih dah buat... tabik spring lah! nanti leh la amik tempahan biskut raya next year ,
besar dah nampak shasha... .
Tue 8-Sep-2009 14:39
Posted by:zai  - [Link]
Add comment


Wednesday, 2-Sep-2009 03:42 Email | Share | | Bookmark
Khasiah buah Kurma, Kismis dan Madu [Info Berguna]

Assalamualaikum....


kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Care to comment?


Wednesday, 19-Aug-2009 09:00 Email | Share | | Bookmark
sElAmAt MeNyAmBuT RaMaDhAn Al-MubAraK

Kepada semua rakan-rakan yang mengenali...sebelum menunaikan puasa tahun ini, sha memohon maaf kepada semua sekiranya pernah terkasar bahasa, tersilap kata dan tersinggung bicara, semoga Puasa tahun ini membawa lebih berkat buat sha seisi keluarga.....







Ciri-ciri orang2 yang rugi di bulan Ramadhan:-

1. Orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Adapun org yg tidak berpuasa itu 2 golongan; org yang tidak berpuasa secara zahir (makan, minum dsb) dan org yang tidak berpuasa secara batin (tidak menjaga mulut, mata dan telinganya)

2. Orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.
Antara contoh sunnah Rasulullah SAW adalah menunaikan solat terawikh, bangun malam untuk beribadah dsb

3. Orang yang hatinya langsung tidak mahu mengharapkan keampunan dari Allah SWT.
Sama-samalah kita muhasabah diri, gunakanlah peluang yang ada di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wallahualam.


Care to comment?


Wednesday, 3-Jun-2009 03:26 Email | Share | | Bookmark
aNtArA eVeNTS sEPnJaNg bUlAn mEi 2009







ada tak ala2 pahlawan melayu terakhir...


kak zai>> tulah pasal...tapikan mcm manelah nak pakai songket, perut dah sendat ni...mmm.. Tue 9-Jun-2009 06:48
Posted by:sha  - [Link]
bestnya dpt sambut TPM..dr mana tu TPM? Tue 9-Jun-2009 10:32
Posted by:madamct aka SITIONE  - [Link]
sitione>>TPM tu dari airport k.trg nak ke taman tamadun islam bagi merasmikan hari guru peringkat kebangsaan kalau tak silaplah..tp kita org diarah sambut kat situ je lah... Wed 10-Jun-2009 02:15
Posted by:sha  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 24-May-2009 01:27 Email | Share | | Bookmark
KuRsUs AsAs PTN

 
 
 
View all 8 photos...
Alhamdulillah, kursus asas untuk PTN baru sudahpun selesai....lepas ni susah dah lah nak jumpa..mesti masing2 dah mula sibuk dengan tugas masing2....semoga PTN yang baru memberi impak yang positif kepada jabatan masing2....

Harapan sha semoga semua tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang semakin mencabar....tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi....

wassalam







waaahhh smartnye jejake2 dan puteri2..huhuu Fri 29-May-2009 04:02
Posted by:marina marina7880@yahoo.com  - [Link]
kat mana kursus tu sha... good luck sha in your new career.
mcm slogan melodi tv3 je sha .
Fri 29-May-2009 10:11
Posted by:zai  - [Link]
marina>>semestinyalah hehe....
kak za>>kursus tu byk tmpt, wisma negeri, hotel grand, awana kijal dn pulau perhentian..alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sun 31-May-2009 00:37
Posted by:sha  - [Link]
Add comment


Saturday, 9-May-2009 01:39 Email | Share | | Bookmark
Ulang Tahun Perkahwinan

air kopi dangdut..1st time minum
soup cendawan..kurang ckit
 
View all 8 photos...
Tanggal 5.5.2009 baru2 ni genaplah usia perkahwinan sha 4 tahun....surprise giler, sha tak taupun husben nak celebrate sebegitu....mulanya dah merajuk sebab abi cakap nak gi pantai je...rupa2nya dia dah set candy light dinner dekat TER (Terengganu Equestrian Resort)....

Suasana kat situ memang romantik giler, dahlah chef kat situ dah set meja kat luar tu satu jer...memang special..cumanya yang paling ralat sebab tak bawa camera...ambil gambo guna hp jer...kalau tau macam ni memang sah2 dah bawa camera....ruginya rasa..jadinya gambo tak berapa cantiklah...what ever...thanks for everything.....first time dapat bunga lepas kahwin...sebelum ni masa mengorat jer dpt bunga...sukanya ......ni anak nak masuk tiga baru dapat bunga....

tapi tau tak orang tak bagi apa2 hadiahpun buat abi...sori....tak sempat nak fikir..sebab tengah kursus tak abis lagi....banyak bebanan sangat dalam otak ni...so sorry my dear.....

nak tau...kita orang dapat gift dari TER lagi...next time bolehlah ke sini lagi sbb dia punya layanan best.....husben sha dat set western food masa candy light dinner tu....tapi sha tak abispun biasalah selera kurang sekarang ni...










Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai
jangan Lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi sehingga 1 Jun 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Wed 20-May-2009 04:38
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
puan...ihsa bkl time bby br eh...
tahniah
Thu 18-Jun-2009 02:31
Posted by:humairah sue_mairah@yahoo.com
mmg best kat TER.. dulu time degree, TER ni slh satu tmpt best nk join Wed 2-Sep-2009 00:49
Posted by:ha hayatun_nur@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Sunday, 19-Apr-2009 09:24 Email | Share | | Bookmark
Pegawai Tadbir Negeri

Alhamdulillah akhirnya sha dapat kerja Sebagai Pegawai Tadbir Negeri berstatus tetap. Hampir 4 tahun bekerja di IKM besut sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan berstatus kontrak akhirnya sha di beri peluang menjawat jawatan dalam kerajaan sebagai salah seorang jentera kerajaan.

Pada tanggal 15/april/2009 sha dikejutkan dengan panggilan telefon yang meminta sha untuk mengambil surat di pejabat SUK negeri terengganu. Mohon maaf pada semua, perletakan jawatan serta merta adalah kerana sha dikehendaki melapor diri pada 16/April/2009 keesokkannya. Walaupun telah merayu untuk menagguhkan tarikh lapor diri...

Dalam kebingungan sha terpaksa membuat keputusan drastik, bukan mementingkan diri sendiri tetapi tiada siapa yang dapat memberi jaminan yang sha akan diserap tetap dalam IKM. Jadi keputusan dibuat dan perbincangan bersama penolong pengarah IKM besut dan beberapa orang kakitangan pentadbiran....100% memberi sokongan supaya sha tidak melepaskan peluang.....

Siapa kata hati ini tidak sedih dan perasaan ini tidak pedih.....sha langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada kursus, fikiran ini lebih kepada anak didik yang ditinggalkan tanpa sebarang pesanan dan nasihat....

Buat rakan sekerja SKKM, maafkan sha sebab meninggalkan kalian disaat SKKM memerlukan sokongan.

Buat Pn.Thaniah Zaini semoga sentiasa tabah mengharungi segala dugaan dan cabaran. Kak Thania seorang BOS yang baik dan berdedikasi....

Buat Pn. Aishah dan Pn.zaiton terima kasih di atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberi selama ni....

Buat Pn. Faizah...terima kasih kerana menjadi rakan kerja yang memahami...saat bersamamu hati ini sentiasa happy..

Buat En. Iznan dan En. Ruslan pertolongan kalian amat dihargai...

wassalam

ye ke sha??? tahniah.. tahniah..
so now keje kat mana? KT ke??
ada iklan F41 kat wisma trg.. abg jai suh mintak.. tp, sy xnak... hehehe..
anyway.. congrats!!! semoga menjadi seorang pekerja yg dedikasi..
nah, xde apa nak kasi..
Thu 30-Apr-2009 06:33
Posted by:Eena  - [Link]
tahniah sha.... rezeki anak baru tu... so, pejabat baru kat besut ke KT? Thu 14-May-2009 06:16
Posted by:zai zairiza_ali@yahoo.com  - [Link]
senye lom tlewt kot tok sy ucpkn tahniah kt pn ats jwtn br yg pn time2...
tahniah
Thu 18-Jun-2009 02:17
Posted by:humairah sue_mairah@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 10-Mar-2009 00:57 Email | Share | | Bookmark
HaPPy BiRtHdAy SyAfIQ

 
 
 
View all 10 photos...
Tanggal 5/03/2009 hari khamis baru-baru ni genaplah umur syafiq 3 tahun. Seronok tengok syafiq semakin besar. Kami setuju buat Birthday Party dia pada hari jumaat keesokannya, sebab waktu kerje ibu dan abi sibuk tak sempat nak prepare. Kami jemput sedara terdekat je, Qi, Tok Ummi, Qi Sen, Wan dan Che Sue dia jelah sempat datang. Sha sempatlah buat Nasi Ayam, tapi lupa nak snap lh.




Antara perkembangan baru Syed Syafiq Adli menjelang 3 tahun kelahirannya...

1. Dah pandai baca doa makan (tapi, dia tak makanpun dia baca, masuk bilik airpun dia baca, nak tidurpun baca doa mkn gak.. )
2. Dah pandai menjawab dan mengeluh ("Allah, ambik ah" ala2 merajuk gitu, "malas ah, ibu ah ambik" geram tul tapi last2 dia gak kena dengan abi hehee)
3. Pandai dah ceramah dan nasihat orang ("Mayang ah dulu ibu." time dia cakap mcm ni sha terus bagun ambil air sembahyang, sajalah sembang dgn dia"ibu tak sembahyang lagi ni, ngantuknya")
4. Dah pandai ingatkan ibu kalau ibu terlupa ("botol syafiq bu, botol shasha bu" time nak antor dia kat pengasuhlah)
5. Pandai tuntut janji ("Abi kata nak beli IPIN, cian... syafiq." dengan muka sedih yang teramat )
6. Suka makan pisang.
7. Coklat jangan cakaplah tapi kalau yang dia tak suka ("dok ayoh ah bu, sakit gigi" sambil tolak tangan ibu, biasanya gula2 yang masam dan pedas dia tak nak)
8. Pandai berkemas ikut mood dia lah
9. kalau time tgk tv, tiba2 astro ada gangguan ("ujan bu,ujan, tutup ah tv, tidur")
10. suka nyanyi lagu ("O o aku tak keruan, pacaran lagi" tapi langsung tak tau dia sebut apa, nada je betul)
11. pandai baca selawat syifa' ala2 pelat.
12. banyak soalan dia tanya, semua benda dia nak tau.. ("Ibu wak apa tu?")
13. pandai ucap terima kasih dan sama-sama.




itulah perkembangan syafiq setakat ni...kekadang telatahnya mencuit hati ibu, tapi bila dia mengamuk, dengan ibu2 sekali naik hantu....heheheee....

ala...ruginy ummi ya x gi masa ari jadi syafiq ari tu..meriah tu...
whatever ummi ya doakan semoga syafis sihat2 selalu..
emmmwah..cayang capiq..
Wed 18-Mar-2009 04:29
Posted by:yanie haniefisha@ymail.com
rasanya penah ku masuk ke sini satu ketika dahulu..seingat aku lah..hehe

btw..hepi belated besday syafiq..membesar bagai juara ye..
Thu 19-Mar-2009 18:14
Posted by:sitione  - [Link]
ooh shafiq..happy belated birthday..oo byok nya shafiq dpt menan...

mm sha;majlis tuh insyaalah lps raya ni..
Thu 26-Mar-2009 13:08
Posted by:ummi irfan
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 3-Feb-2009 01:18 Email | Share | | Bookmark
lagi gambar d LANGKAWI

 
 
 
View all 6 photos...




behnya g reramai langkawi..teringat dl2 p honeymoon sana..hahaha zaman muda remaja hahahaha..makin berisi napok sha..anak yg pompuan tu dah brp taun?cute gurl..mm t dah nk masuk 5 bln doh..insyaalah due bln 7 balik mesia bersalin..nanti leh ah jupe yer..cz t blik awal..bln 5 dah balik..lama dok jupe.. Thu 26-Feb-2009 15:41
Posted by:ummi irfan
lamanya xmasuk sini. kebetulan kalau masuk xde entry baru.. tambah lagi asyik sibuk je skrg....
bestnya sha p langkawi.. byk x beli coklat? meh sini sikit...
shasha dh besar lahhh.. geramnya.. tp, nape syafiq xbesar2 nih? lasak sgt kot...
Wed 4-Mar-2009 07:38
Posted by:EenaIbuAdam  - [Link]
zai kulim>>>borong juga coklat tu tp tak banyak, sbb simpan tuk beli brg..hehehee...
ummi irfan>>shasha dah 1 tahun 4 bulan..dah sama besar dgn syafiq
eenaibuadm>>tulah kak ena, bz memanjang,syafiq buaslah kak ena, tu yg sama bsr dgn shasha
Thu 5-Mar-2009 01:54
Posted by:SHA  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.