Kepada semua rakan-rakan yang mengenali...sebelum menunaikan puasa tahun ini, sha memohon maaf kepada semua sekiranya pernah terkasar bahasa, tersilap kata dan tersinggung bicara, semoga Puasa tahun ini membawa lebih berkat buat sha seisi keluarga.....
Ciri-ciri orang2 yang rugi di bulan Ramadhan:-
1. Orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Adapun org yg tidak berpuasa itu 2 golongan; org yang tidak berpuasa secara zahir (makan, minum dsb) dan org yang tidak berpuasa secara batin (tidak menjaga mulut, mata dan telinganya)
2. Orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah SAW.
Antara contoh sunnah Rasulullah SAW adalah menunaikan solat terawikh, bangun malam untuk beribadah dsb
3. Orang yang hatinya langsung tidak mahu mengharapkan keampunan dari Allah SWT.
Sama-samalah kita muhasabah diri, gunakanlah peluang yang ada di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wallahualam.